BAB 1
PENDAHULUAN
A.
Latar
Belakang
Parti Komunis China (CCP) menformulakan dasar
ekonominya sebagai sesuatu yang sosialis
'dengan karekter China'. Dimulai dengan tahun 1978 kepemimpinan China
telah mereformasikan sektor ekonominya daripada suatu yang berasaskan sistem
ekonomi kawasan pusat ala Soviet kepada suatu yang lebih kapitalis
akan tetapi masih di bawah kawalan politik CCP. Kearah ini pentadbiran menukar
ke sistem responsibiliti para keluaga dalam pertanian
dalam penggantian sistem lama yang berasaskan penggabunggan, menambah kuasa
pegawai tempatan dan pengurus kilang dalam industri, dan
membenarkan pelbagai pengusahawanan dalam servis dan perkilangan ringan, dan membuka
ekonomi kepada perdagangan dan pelaburan luar. Kawalan harga juga telah
dilonggarkan. Ini telah mewujudkan penukaran sistem ekonomi berasaskan komunis
kepada sistem ekonomi campuran komunis dan kapitalis.
Kerajaan PRC tidak suka menekankan kesamarataan apabila ia
mula membangunkan ekonominya, sebaliknya ia menekankan kenaikan taraf pendapatan
peribadi dan kebolehan membuat pembelian dan mewujudkan sistem-sistem
pengurusan baru untuk meningkatkan produktiviti. Kerajaan juga mengfokus kepada
perdagangan antarabangsa sebagai salah satu cara untuk meningkatkan sektor
ekonomi, dengan ini ia mewujudkan lebih daripada 2,000 Zon Ekonomi Khas (SEZ) dimana
undang-undang mengawal pelaburan telah dilonggarkan untuk menarik pelabur
asing. Hasilnya adalah KDNK per kapita yang bertambah empat kali ganda sejak
tahun 1978. Pada
tahun 1999 pula,
dengan jumlah penduduk 1.25 bilion dan KDNK yang hanya AS$3,800 per kapita, PRC
menjadi ekonomi keenam terbesar di dunia dalam pertukaran wang asing dan ketiga
terbesar di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Amerika
Syarikat daripada segi kuasa pembelian. Purata pendapatan biasa seorang
pekerja China adalah AS$1,300. Perkembangan ekonomi negara ini pula dikatakan
adalah terpantas di dunia, dengan pertumbuhan mencecah 8% setiap tahun mengikut
statistik kerajaannya. Ini menjadikan China sebagai fokus utama dunia pada masa
kini dengan hampir kesemua negara, termasuk negara Barat yang mengritik China,
ingin sekali menjalinkan hubungan perdagangan dengannya. China kini adalah ahli
Pertubuhan Perdagangan Sedunia
(WTO).
Tanah besar China mendapat reputasi sebagai tempat yang
berkos rendah untuk menjalankan aktiviti perkilangan, dan ketiadaan persatuan sekerja amat menarik bagi
pengurus-pengurus syarikat asing. Seorang pekerja tanpa kemahiran di sebuah
kilang China di kawasan kampung menelan belanja yang serendah kurang daripada
AS$1/jam, amat kurang berbanding AS$/jam di Amerika
Syarikat. Pekerja-pekerja China ini seringkali terpaksa berkerja teruk di
kawasan berbahaya dan mudah ditindas majikan kerana tiada undang-undang dan
persatuan sekerja yang boleh melindungi hak mereka.
Kos rendah bahan mentah merupakan satu lagi aspek ekonomi
China. Ini disebabkan persekitaran kompetitif yang menyebabkan hasil berlebihan
yang turut menurunkan kos pembelian bahan mentah. Ada juga kewujudan kawalan
harga dan jaminan sumber-sumber yang tinggal daripada sistem ekonomi lama
berasaskan Soviet. Apabila negara terus menswastakan
syarikat-syarikat miliknya dan pekerja berpindah ke sektor yang lebih
menguntungkan, deflationary effect ini akan terus menambahkan tekanan
keatas harga dalam ekonomi.
Insentif-insentif cukai turut diberikan sebagai
bantuan kewangan kepada sektor perkilangan di China, sama ada untuk barangan
eksport ataupun barangan untuk pasaran tempatan. China cuba mengharmonikan
sistem cukai dan duti yang ia meletakkan keatas kedua-dua pelabur asing dan
pengusaha tempatan. Sebagai hasil, potongan cukai dan duti istimewa yang dinikmati pengeksport di zon
ekonomi khas dan bandar persisiran pantai akan dilihat semula. Eksport China ke
Amerika Syarikat adalah AS$125 bilion pada tahun 2002 manakala eksport
Amerika ke China hanyalah sebanyak AS$19 juta sahaja. Perbezaan jurang yang
besar ini meningkatkan kemarahan Amerika Syarikat, akan tetapi bukan salah
China yang eksportnya murah dan lebih berkualiti daripada barangan buatan
Amerika. Amerika sendiri membeli lebih daripada ia membuat dan sekalipun rakyat
China ingin membeli barangan buatan Amerika, mereka tidak dapat melalukan
sedemikian kerana harga barangan Amerika terlalu tinggi. Amerika seringkali
mendakwa bahawa kadar tukaran wang asing dolar Amerika dan renminbi China
yang kononnya tidak adil dan berat sebelah kepada China kerana China mengikat
ia kepada kadar tetap lapan renminbi kepada satu dolar. Pada tarikh 21hb Julai 2005, Bank Rakyat China mengumumkan
bahawa ia akan membenarkan mata wang renminbi ditentukan oleh pasaran, dan
membenarkan kenaikan 0.3% sehari. Eksport negara China ke Amerika Syarikat
semakin naik 20% setiap tahun, jauh lebih cepat daripada eksport Amerika ke
China. Dengan pemansuhan kuota tekstil, China sudah tentu akan menguasai
sebahagian besar pasaran baju dunia. [1],
[2]
Pada tahun 2003, KDNK China dalam konteks kuasa pembelian mencapai AS$6.4
trilion, menjadi kedua
terbesar di dunia. Dengan menggunakan pengiraan konvensional, ia dirangka
pada tangga keenam. Dengan penduduknya yang padat ini masih memberikan KDNK per
kapita yang sebanyak AS$ 5,000, atau 1/7 daripada Amerika Syarikat. Laporan
rasmi kadar pertumbuhan pada tahun 2003 adalah 9.1%. Ia dianggarkan oleh perisik Amerika CIA pada tahun 2002 pertanian
menyumbang sebanyak 14.5% GNP China dan sektor perindustrian dan pembinaan pula
51.7% dan perkhidmatan 33.8%. Purata pendapatan luar bandar adalah satu pertiga
daripada di dalam bandar, jurang yang semakin membesar dalam dekad kebelakangan
ini.
Oleh sebab saiznya yang amat luas dan budaya yang amat
panjang sejarahnya, China mempunyai tradisi sebagai sebuah negara kuasa
ekonomi. Dalam kata Ming Zeng, profesor pengurusan di Shanghai, Dalam
sesetengah statistik, pada penghujung abad ke-16 sekalipun,
China mempunyai satu pertiga KDNK. Amerika
Syarikat yang gagah pada masa kini pula hanya mempunyai 20%. Jadi,
jika anda membuat perbandingan sejarah ini, tiga atau empat ratus tahun
terdahulu, China tentulah kuasa terbesar dunia. Percubaan mewujudkan semula
keadaan yang menbanggakan ini sudah tentu adalah salah suatu matlamat orang
China. Maka tidak hairanlah fenomena kebanjiran orang bukan China dunia
yang lain mahu mempelajari Bahasa Cina ini dan kegerunan Amerika dan Barat
terhadap China secara amnya berlaku pada senario politik dunia pada hari ini.
Akan tetapi, jurang pengagihan kekayaan diantara persisiran
pantai dan kawasan pendalaman China masih amat besar sekali. Untuk menandingi
keadaan yang berpotensi mengundang bahaya ini, kerajaan melaksanakan strategi Pembangunan Bahagian
Barat China pada tahun 2000, Pembangunan Semula
China Timur Laut pada tahun 2003, dan Kenaikan Kawasan China
Tengah pada tahun 2004, kesemuanya bertujuan membantu kawasan pendalaman
China turut membangun bersama.
B.
Identifikasi
Masalah
1. Apa pengertian Hukum
Ekonomi?
2. Apa pengertian Sistem
Ekonomi Sosialis?
3. Bagaimana sejarah
perkembangan hukum ekonomi sosialis di Negara China
C.
Tujuan
Penulisan
1. Untuk mengetahui,
memahami dan menganalisa pengertian Hukum Ekonomi
2. Untuk mengetahui,
memahami dan menganalisa Pengertian Sistem Ekonomi Sosialis
3. Untuk mengetahui,
memahami dan menganalisa sejarah pekembangan hukum ekonomi di Negara China